Aku dah cabut gigi bungsu kiri. Tapi gigi geraham kiri pulak buat hal. Dah belanja untuk gigi S$800/-. Aku kena buat rawatan susulan untuk akar gigi geraham yang berharga S$400/-. Sekarang gigi bungsu kanan pulak sakit. Terpaksa elak makan makanan yang keras dan liat macam kacang,daging dan gula-gula. Pernah makan gula-gula. Gigi geraham kiri berdenyut 3 hari.
Tahun depan akan ku cabut gigi bungsu sebelah kanan pula kerana boleh minta syarikat bantu bayar. Tahun ni dah dapat bantuan. Syarikat cuma bantu sekali dalam setahun.
Tempat kerja ramai kawan dah berhenti pasal dah 2 tahun tak ada kenaikkan gaji. Aku yang dah berkeluarga rasa serba salah. Kalau aku berhenti, terpaksa bermula dari bawah untuk dapat gaji sekarang.
Pada mulanya nak belajar balik. Tapi masa untuk aku suntuk. Anak-anak sedang membesar. Perlu pakai duit lebih. Aku terpaksa berkorban demi keluargaku.
Aku harus ambil lesen class 4 dan 5 dari sekarang. Ini sahaja yang dapat aku terima gaji S$4000/- keatas. Aku harap usaha ku ini di berkati dan dirahmati ALLAH SWT. Amin.
No comments:
Post a Comment