Amah baru ku minta izin dari isteriku,Sabtu ni dia mahu jumpa saudaranya yang juga bekerja sebagai amah. Katanya mahu berbincang pasal bapaknya di kampung sedang sakit. Aku dan keluargaku baru hendak terimanya di dalam keluargaku tersentak.
Aku yang bersiap-siap hendak pergi kerja malam, berfikir yang bukan-bukan. Teringat kata kawan kerja ku yang juga ada pengalaman tentang tingkah laku amah,"Jangan sekali-kali kasi amah pegang handphone!". Tapi aku ingat kasi kelonggaran agar dia dapat berhubung dengan keluarganya di kampung. Tapi kepercayaan yang kuberi di balas dengan egonya. Dia berkata,"Kalau tak izin, pulangkan saya pada agen". Darah aku meluap. Hendak ku tengking amah yang lupa daratan ini.
Tapi aku dapat bersabar. Aku anggap ini ujian dari Allah SWT pada ku. Isteriku balas jawapannya dengan tenang. Aku hanya berdiam diri dengan menggigit lidahku. Isteriku cuba ikut rentak dia. Akhirnya amahku terperangkap dengan permainan psikologi isteriku. Amahku mengaku dia bosan di rumahku.
Tugas amahku hanya mengemas rumah dan mengurus anak-anakku yang berusia 3,5 dan 8 tahun. Aku dan isteriku sedang memerhati tingkah lakunya sebelum kami mahu memberi tugas tambahan seperti menghantar anak ku ke sekolah atau ke kedai. Tapi Allah telah menunjukkan lebih awal, amah ku tak boleh dipercayai. Telefon tak kira siang atau malam. Cuci tandas dapur hanya 'spray' sahaja. Lantai belumut hitam. Dinding pula kuning. Tandas di bilik aku yang bersihkan. Aku ingat tak nak bebankan dia. Bila ditegur menjawab pula.
Aku dah meluat dengan tingkah laku amahku. Dia ingat semalam dia minta kami hantar dia pulang, dia sudah ada 'lesen' menonton tv sinetron di siang hari. Anak-anakku di abaikan. Aku tegur amah aku supaya berpijak di bumi nyata. Aku tanya dia,"Ini rumah siapa?" Dia tergamam. Serta merta dia tukar cerita kartun Dora. Aku berhujah pada dia,"Selagi 'work permit' nama kami, kamu kena ikut peraturan yang telah saya tetapkan. Dan kamu kena ingat kamu datang Singapore sebagai amah bukan kerja jadi 'engineer'. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung." Aku tenung amah ku. Dia tertunduk malu. Aku teruskan menyerang,"Saudara kamu yang cucuk kamu kalau tidak kenapa baru sebulan dah besar kepala?". Dia tak dapat menjawab. Aku kasi amaran pada dia kalau dia masih berdegil akan ku rampas handphone dia.
Kerajaan Indonesia atau keluarga amah, tak tahu apa rakyat dan anak isteri dia buat bila di beri kelonggaran. Dah banyak kes amah mengandung. Yang sudah bersuami curang dengan Bangladesh. Tapi Singapura dah kurang Bangladesh di ganti rakyat India. Tapi buaya darat Indonesia juga pandai memancing senegaranya. Kalau nak tengok tingkah laku rakyat Indonesia pergilah ke kawasan Geylang Serai pada hari minggu. Macam rusa masuk kampung.
Aku terpaksa buang duit lagi nak ganti amah baru. Dugaan.
salam taaruf. muga sejahtera menekuni hidup..
ReplyDelete